Monday, 13 December 2021

Rezeki Courier History


Di sepanjang pendakian aku dari Km 7.0 Check Point Sayat- Sayat ke Puncak Kinabalu sering kali aku berfikir tentang insiden-insiden yang mengukuhkan lagi fahaman aku terhadap konsep rezeki. There is a moment, a few moment yang pernah aku alami yang membuatkan aku ditunjukkan secara praktikal tentang ayat yang selalu orang cakap ; "rezeki tak pernah salah alamat". 

Aku mengaku yang aku selalu dengki dengan kejayaan dan rezeki orang lain. Aku nak rezeki dikurier kan kepada alamat aku sahaja. At some time, aku lupa nak periksa rezeki courier history aku. Asyik nak jeling post box orang je. Betapa banyak yang Dia telah bagi. Betapa banyak yang dia telah kurniakan.Tak pernah pun nak bersyukur. Asyik nak merungut ini tak cukup sana tak cukup sini.

There is slightly change in myself yang aku perasaan bila aku berfikir tentang perkara ini. Aku harap aku dapat kekalkan berfikir macam itu. Betul cakap orang "God works in mysterious way". Semua telah ditetapkan. Seperti Dia kurniakan rezeki dan kekuatan untuk aku ulang daki Kinabalu dan sampai ke puncak. Terima kasih ya Allah.

Saturday, 9 October 2021

PDPR

Pagi itu nyaman dan tenang. Orang yang datang jogging pun tak berapa ramai. Di saat larian aku nak masuk 4 kilometer, aku perasan di depan aku terdapat seorang wanita bersama anak perempuannya. Apa yang aku perasaan budak perempuan tu pakai track suit dan baju biasa yang selalu budak-budak pakai untuk aktiviti PJK kat sekolah. Di belah kanan dadanya terdapat tag nama. Mungkin dalam sekolah rendah. Sempat juga aku tangkap dengar apa yang dibualkan oleh dua beranak ni.
"Adik! adik kena berlari macam jogging sampai sana tu. Ibu nak rakam nak bagi cikgu". Wanita itu pun keluarkan fon, masuk mod merakam dan menghala fon ke depan. Tiada pengerakan. Budak tu masih berdiri sebelah ibunya. Posturnya malas. Ekspresi wajahnya bagai tak merelakan apa yang berlaku sekarang ini. Mungkin awal pagi macam ini dia rasa dia patut lagi dikatil. Takpun dia menonton kartun kesukaannya.

"Adik! cepat, mama nak bagi cikgu ni" dipujuk ibunya lagi

Aku jogging melepasi mereka. Dalam 50 meter di hadapan, aku memaling muka ke belakang untuk melihat sekilas 2 beranak tadi. Ibunya masih memujuk sambil tangan menunjuk- nunjuk arah untuk anaknya berlari. Sambil aku jogging, sambil tu aku berfikir. Betapa kagumya aku pada wanita tersebut. Disaat ibu bapa tak kisahkan pasal PDPR anak-anak, wanita tersebut usahakan supaya tugasan PDPR dapat dilengkap dan dihantar kepada guru. Betapa pentingnya sokongan dan peranan ibu bapa dalam memastikan pembelajaran anak-anak terjaga di waktu yang mencabar ini. 

Larian aku dah habis 4 kilometer dan aku nak berterima kasih juga kepada wanita tersebut sebab ragamnya membuatkan aku berfikir dan secara automatik melenyapkan rasa penat-macam-nak-mati.

Ps : Aku dah tak larat gila nak berlari masa aku jumpa dorang. Rasa nak berjalan je.



Monday, 20 September 2021

Kau-Punya-Insecure


Insecure.


Itu yang aku boleh ringkaskan bila kau bercakap tentang relationship kau dengan dia. Betapa insecure-nya kau rasa terhadap dia.

Kau takut dia bosan dengan kau.
Kau takut kau seorang sahaja yang beriya.
Kau takut ditinggalkan dan rasa galau.
Kau takut kau pudar di mata dia.

Kau-punya-insecure, kalaulah aku dapat.

Kalau.

7.27 AM. 21 Sep 2021