Thursday, 30 May 2024
Tentang Aturan
Friday, 17 May 2024
Tentang Kehidupan
Friday, 11 August 2023
Tentang Dari Pengkalan Hulu Ke New York
Rabu lepas aku ke Pengkalan Hulu, Perak atas urusan kerja. Dalam perjalanan semasa di sempadan Gerik - Pengkalan Hulu, aku terserempak dengan sebuah kedai bundle di bahu jalan. Dari pemerhatian awal aku dapati kedainya sedikit berselerak. Baju seluar tidak disusun rapi dan ada dilonggokkan. So dari firasat aku kemungkinan harganya sedikit murah dan keberangkalian hendak 'selam' dan jumpa barang-barang berkualiti dengan harga yang minimum adalah tinggi. Tambahan lagi kedainya berada di kawasan kebun pokok getah dan sedikit terpencil. Arus harga-bundle-macam-butik mungkin tidak sempat menjengah ke kedai ini. Aku fikir lepas habis urusan aku di Pengkalan Hulu baru aku singgah sebab aku sedang mengejar masa. Usai urusan selesai, aku terus singgah. Semasa aku melangkah untuk memasuki ruangan kedai, aku disapa oleh seorang makcik.
"Mari tengok dik, murah murah je. Kalau beli banyak boleh dapat diskaun. Mak cik nak buat clearance sebab nak balik New York. Sapa beliau dalam tutur melayu bercampur english tapi dialeknya berdialek Amerika. Wajahnya wajah Kaukasia yang pada awalnya aku ingatkan Arab timur tengah.
"I'm done! I'm done! I'm going back to New York" sambungnya lagi tetapi nada sedikit rungut.
Nak balik New York? Itu persoalan yang bermain di kepala aku. Pada ketika ini kau jumpa kedai bundle di kebun getah tepi jalan yang pemiliknya seorang wanita kaukasia sedang buat clearance sale sebab nak balik New York. Bukan hari-hari kau jumpa situasi macam ini.
Sedang aku membelek seluar jeans, telefon bimbitnya berdering lalu diangkat. Mod pembesar suara digunakan. Perbualannya dengan orang di hujung talian adalah dalam english berdialek Amerika. Sambil membelek, sambil itu aku memasang telinga apa yang dibualkan. Dari pemahaman aku si pemanggil itu ialah anak perempuannya. Dia berpesan pada anaknya supaya mencari pembeli untuk pakaian di kedai bundlenya secara pukal. Mungkin boleh disiarkan di Facebook. Wang dari hasil jualan itu nanti akan digunakan untuk kos ke New York. Anaknya mempersoal samada tindakannya untuk pulang ke New York adalah betul kerana dia telah lama menetap di sini. Anaknya juga mempersoal bagaimana keberadaannya nanti di sana? Bagaimana dengan tempat tinggal dan kos kehidupan setibanya dia New York? Dia menegaskan yang dia akan kerja. Dia tahu ada beberapa tempat di New York yang boleh menawarkan pekerjaan walaupun umurnya telah lanjut. Jika peluang kerja tidak memihak padanya, dia akan ke Florida. Disana mereka membayar upah yang lumayan untuk kerja menangkap ular. Anaknya meminta dia mempertimbangkan balik keputusanya sebelum meminta diri dan meletakkan telefon.
Hampir kesemua rak pakaian telah aku belek, namun tiada barang yang aku berkenan. Sebagai usaha kecil aku menolongnya ke New York, aku ambil selimut dan alas kaki. Usai membuat bayaran, kami sempat bercerita tentang perihal bundle hingga ke perihal New York.
Dia menerangkan yang dia adalah seorang warga amerika yang bermastautin di Malaysia selama 30 tahun dan mahu pulang ke New York kerana kecewa dengan kehidupan sekarang. Salah satunya ialah kecewa dengan suaminya yang mana telah dihasut oleh anak tirinya supaya tidak balik lagi ke rumah. Dia tiada saudara - mara disini, yang ada cuma anak perempuannya yang berusia 29 tahun hasil dari perkahwinan terdahulu. Anaknya kini telah berkahwin dan menetap di Penang. Memandangkan aku ada meeting pada pukul 4 petang, aku meminta diri untuk pulang ke Ipoh. Kereta dipandu dan pantulan imej kedainya pada sisi cermin kereta semakin kecil dan menghilang.
Aku harap segala urusannya dipermudahkan dan semoga haluan hidup kami akan bertembung lagi. Kalau tidak di sempadan Gerik - Pengkalan Hulu, mungkin di New York?
PS : People always says that If you follow your heart just right, it will get you to New York City.
Monday, 31 July 2023
Trio Ganjil
Tuesday, 4 July 2023
Untuk Si Penyeri Hati
Si Penyeri Hati,