Tuesday, 4 July 2023

Untuk Si Penyeri Hati

Si Penyeri Hati,

Sambil aku tulis entri ini, sambil aku dengar Sentuhan Listrikmu nyanyian M. Nasir. Ada sesuatu pada lagu ini yang bila didengar buatkan aku ingat dekat kau. Mungkin sebab lagu ini ringkas dan tidak rumit seperti peribadi kau. Bila bercakap tentang diri kau, ada perkara yang malar dalam ingatan terutamanya tentang ;

Kau punya kasut Vans,
Kau punya kematangan,
Kau punya "kuat-makan",

Perkara-perkara ini yang buatkan kau istimewa. Kau punya 'esque'. Tapi cukup aku tulis satu posting sahaja supaya aku tidak mahu dipandu oleh harapan. But, the main reason why i write this posting is bila aku scroll balik blogger di hari-hari yang mendatang aku akan ingat yang kau pernah bertamu di hati. Betul cakap Fiersa Baseri, "Kadang, yang terindah tak diciptakan untuk dimiliki. Cukup dipandangi dari jauh, lalu syukuri bahwa ia ada di sana untuk dikagumi dalam diam". 

Si Penyeri Hati,

Mungkin ini pengakhiran dan harapan menuju mati.
Aku harap kehidupan kau bertambah seri.
Apa kau impikan dan harapkan akan dipenuhi
Semoga voltage kau berkurang dan sentuhan listrik ini terhenti. 

No comments:

Post a Comment