Thursday, 6 August 2015

Cerita Tentang Kueh Tiaw


Hei gadis penjual kuehtiaw,
Aku salah satu dari beratus pengunjung pasar malam tapak kau berniaga.
Kita pernah berbual sebelum ini tapi mungkin kau lupa. Aku masih ingat lagi bibit-bibit perbualan kita

 “Kueh tiaw goreng ada lagi?”
“Ada”
“Satu berapa ringgit”.
“2 ringgit”
“Bagi satu”
“Terima kasih…datang lagi”

Tujuan aku menulis ini bukan untuk menagih cinta mahupun beramah mesra. Cuma aku ingin mengingatkan, disaat kau sedih, murung atau kecewa dengan hal-hal dunia ingatlah kueh tiaw kau telah membuat seseorang gembira.


Terkesan dengan tindakan



Jumaat lepas, aku follow Apen balik. Selalunya aku jarang balik. Aku suka habiskan weekend aku dekat rumah sewa. Memandangkan kakak aku yang baru operate tonsil, better aku balik jenguk-jenguk dia. Pukul 9 malam tepat aku datang rumah sewa Apen, 10 minit kemudian kitorang bertolak menuju highway. Macam biasa kitorang akan singgah RnR Seremban untuk refill minyak. Sampai je RnR, kitorang terus double stand dekat ruang kosong pengepam tayar Shell . Engin motor masih hidup. Biar sejuk sikit baru tutup. Perut lapar, last aku makan pukul 5 petang tadi.  Aku terus masuk kedai serbaneka Shell. Melilau aku cari barang makan. Aku taknak yang heavy sangat, cukup sekadar pengisi perut. Last-last aku ambil dua aiskrim Magnum. Aku bayar di kaunter dan aku keluar. Masa aku keluar depan aku dalam 5 meter, ada kereta saga baru putih. Dalam pemerhatian aku dekat sebelah seat driver ada seorang perempuan usia dalam 20 an macam tu. At first pandangan perempuan tu pada handfone dia. Semakin aku melangkah dekat dengan kereta tu, perempuan tu notice aku dan dia cepat-cepat kunci pintu kereta. Hey cik adik saya ni bukan pencuri!. Perjalanan ke lokasi parkir motor saya mesti melalui kereta cik adik dulu! Aku semacam terkesan dengan tindakan perempuan tu tapi aku tak tahu kenapa. Aku rasa macam at the first glance orang suspicious dengan gerak geri aku. Bila difikirkan balik, ada betul tindakan dia. Kes jenayah sekarang macam-macam. Macam-macam boleh berlaku. Yang tak masuk akal pun dah biasa-biasa sekarang ni. Tambah-tambah dia perempuan. Kalaulah ada orang hijack kereta dia, peratus untuk perempuan tu kena rogol mungkin tinggi. Takpun kena jual di Thailand. Paling worst, kena bunuh campak di lombong.


Eh, apehal aku nak kisah sangat pasal tindakan perempuan tu. Aku ada Magnum, kau ado!

Monday, 29 June 2015

Ramadhan 2013



Tiap kali aku dengar lagu seperti dia nyanyian Amylea AF, mesti aku teringat ramadhan tahun 2013. Tahun yang mana pertama kali berpuasa tanpa emak. Yang ada aku, Along dan arwah ayah. Tengahari Along pergi sekolah, petang baru balik. Aku dengan ayah akan duduk berdua di rumah. Petang sebelum berbuka aku jogging di library. Lauk berbuka hari-hari along beli termasuk sahur sekali. Ayah tak boleh puasa sebab uzur. Kadang-kadang dia degil nak puasa. Tengahari sikit dia start marah orang sebab perut lapar. Lagu ini tak mengambarkan dan menjelaskan perasaan aku masa tu. Perasaan aku masa tu stabil, cukup serba serbi. Cuma ia jadi landmark kepada ingatan puasa tahun 2013. Macam lampu, yang menyala bila ditekan suis. Mungkin sebab lagu ini ost kepada drama ramadhan terakhir. Drama yang sempat aku tngok tiap kali pasang tv masa sahur.

Sudah 2 tahun, cepat betul masa berlalu. 

Friday, 15 May 2015

Hala Tujuan


Petang tadi lepas jumaat aku naik motorsikal ke fakulti. Sebelum 5 minit nak sampai, ada sebuah flight terbang rendah melintasi aku. Rendah tak rendah sangat, tinggi tak tinggi sangat. Jaraknya mungkin logik untuk kau fikir yang ia takkan crash landing depan kau. Aku sempat juga jeling ke badan flight.

Malindo Air Domestik.

Di waktu begini, entah mana hala tujuan dorang.
Mungkin balik ke pangkuan keluarga?
Mungkin bercuti setelah sekian terseksa?
Atau berbulan madu di tempat seakan surga?

Selekoh ke kiri aku ambil dan flight hilang dari padangan. Aku kembali pada hala tujuan aku sendiri.

Pukul 2 pagi



Lagu angin kencang nyanyian Noh Salleh aku taip dalam youtube. Aku pilih. Aku tekan butang play.
Aku mainkan lagu ni bukan sebab apa, sebab aku nak recall zaman budak-budak dulu. Ada alunan muzik dalam lagu ni yang semacam membawa aku ke zaman dulu. Itu perasaan aku. Tak semesti sama dengan lain. Mungkin lagu ini boleh jadi kawan imaginasi yang bercerita dan aku menjadi teman pendengar yang setia.


4 minit dia bercerita dan aku iya-kan saja.