Jumaat lepas, aku
follow Apen balik. Selalunya aku jarang balik. Aku suka habiskan weekend aku
dekat rumah sewa. Memandangkan kakak aku yang baru operate tonsil, better aku
balik jenguk-jenguk dia. Pukul 9 malam tepat aku datang rumah sewa Apen, 10
minit kemudian kitorang bertolak menuju highway. Macam biasa kitorang akan
singgah RnR Seremban untuk refill minyak. Sampai je RnR, kitorang terus double
stand dekat ruang kosong pengepam tayar Shell . Engin motor masih hidup. Biar
sejuk sikit baru tutup. Perut lapar, last aku makan pukul 5 petang tadi. Aku terus masuk kedai serbaneka Shell. Melilau
aku cari barang makan. Aku taknak yang heavy sangat, cukup sekadar pengisi
perut. Last-last aku ambil dua aiskrim Magnum. Aku bayar di kaunter dan aku
keluar. Masa aku keluar depan aku dalam 5 meter, ada kereta saga baru putih. Dalam
pemerhatian aku dekat sebelah seat driver ada seorang perempuan usia dalam 20
an macam tu. At first pandangan perempuan tu pada handfone dia. Semakin aku
melangkah dekat dengan kereta tu, perempuan tu notice aku dan dia cepat-cepat
kunci pintu kereta. Hey cik adik saya ni bukan pencuri!. Perjalanan ke lokasi
parkir motor saya mesti melalui kereta cik adik dulu! Aku semacam terkesan
dengan tindakan perempuan tu tapi aku tak tahu kenapa. Aku rasa macam at the first
glance orang suspicious dengan gerak geri aku. Bila difikirkan balik,
ada betul tindakan dia. Kes jenayah sekarang macam-macam. Macam-macam boleh
berlaku. Yang tak masuk akal pun dah biasa-biasa sekarang ni. Tambah-tambah dia
perempuan. Kalaulah ada orang hijack kereta dia, peratus untuk perempuan tu
kena rogol mungkin tinggi. Takpun kena jual di Thailand. Paling worst, kena
bunuh campak di lombong.
Eh, apehal aku nak kisah sangat
pasal tindakan perempuan tu. Aku ada Magnum, kau ado!
No comments:
Post a Comment