Usai aku dan Bali menyelesaikan urusan, kami bergegas pulang ke rumah. Di pertengahan perjalanan, kereta kami berhenti dipersimpangan. Kami merenung satu sama lain dengan riak wajah sedikit tanda tanya. Timbul persoalan simpang ini tidak kami tempuh waktu pergi tadi. Terdapat dua simpang, kiri dan kanan. Dua-dua simpang dipapan tandakan dengan perkataan yang bukan lazim seperti kami lihat di jalan raya.
" Kiri ke Realiti. Kanan ke Euforia Masa Lalu" aku membaca perkataan pada papan tanda.
"Jadi, mana simpang yang......"
"Kanan!" Belum sempat aku habiskan ayat, Bali mencelah seraya tangannya mengulung kertas tembakau. Seketika dia pandang aku dengan riak muka yang tenang lalu fokusnya kembali mengemaskan gulungan kertas tembakau tersebut.
Tanpa banyak tanya, Aku pandu kereta ke simpang kanan. Selepas 100 meter, kami memasuki sebuah terowong yang gelap dan sunyi. Suasana tiba-tiba bertukar bising dan sedikit bercahaya apabila terdapat audio dan diiringi visual "Selamat Datang Ke Ueforia Masa Lalu" dipaparkan di dinding terowong. Visual pun berubah kepada komplikasi video pendek seorang gadis. Ada video momen-momen dia sewaktu ketawa, kecewa, marah dan bahagia. Sambil memandu, sambil itu aku cuba amati video untuk kenalpasti gadis tersebut.
"Bali, kau kenal ke perempuan tu?"
Bali tiada jawapan. Dia khusyuk memerhatikan visual sambil menghisap rokok balutnya tadi.
Terdapat cahaya sebesar bola sepak dihadapan dan aku boleh agak itu adalah penghujung terowong. 10 Meter sebelum penghujung terowong, Audio tersebut mula bersuara kembali,
"Lawatan anda telah tamat, terima kasih kerana berkunjung ke Ueforia Masa Lalu".
Di penghujung terowong kereta kami di teleport terus ke persimpangan. Aku agak terkejut. Bali masih tenang dengan rokoknya.
"Kita tak boleh berpaut pada masa lalu. Sekuat mana pun kita berpaut, masa lalu telahpun hilang. Rindu boleh kembali jangan. Terpacul kata- kata dari mulut Bali lalu mencucuh api pada rokok yang ke dua. "Kau ambil kiri, kita balik ke rumah dan realiti".
