Tuesday, 15 November 2022

Tentang Terima Kasih

Kadang aku tertanya-tanya bagaimana perkataan terima kasih terlahir sebab bagi aku perkataan ini istimewa. Bukan sahaja perbuatan menyebut perkataan terima kasih kepada seseorang yang berbuat baik terhadap kita ialah sifat terpuji tetapi secara literalnya perkataan "terima kasih" itu sendiri mewakili perbuatan menyampaikan kasih kepada seseorang. 

"Awak dah berbuat baik kepada saya, sebagai balasan terimalah kasih dari saya"

Si penerima kasih, yang telah memberi kasih dalam masa yang sama juga memberi kasih. Sama-sama kasih diberi.

No comments:

Post a Comment