Bulan 5 lepas aku ke Gunung Ulu Sepat. Selepas 3 hari 2 malam di gunung, akhirnya tiba masa untuk pulang. Aku memandu untuk pulang dan di pertengahan jalan terserempak dengan sebuah pasar malam yang berniaga di kiri dan kanan bahu jalan utama kampung. Aku berhenti dan melilau mencari makanan untuk mengisi perut yang kelaparan. Usai beli, aku makan dahulu dan kemudian kembali memandu. Sepanjang pemanduan, radio memainkan lagu - lagu 90s english yang sedap. Apa yang dapat aku simpulkan pada hari itu ialah perasaan-gembira-bila-turun-gunung, radio-mainkan-lagu-90s-yang-sedap dan senang-hati-sebab-perut-kenyang adalah trio ganjil yang jarang datang seiring di masa yang betul.
Monday, 31 July 2023
Tuesday, 4 July 2023
Untuk Si Penyeri Hati
Si Penyeri Hati,
Sambil aku tulis entri ini, sambil aku dengar Sentuhan Listrikmu nyanyian M. Nasir. Ada sesuatu pada lagu ini yang bila didengar buatkan aku ingat dekat kau. Mungkin sebab lagu ini ringkas dan tidak rumit seperti peribadi kau. Bila bercakap tentang diri kau, ada perkara yang malar dalam ingatan terutamanya tentang ;
Kau punya kasut Vans,
Kau punya kematangan,
Kau punya "kuat-makan",
Perkara-perkara ini yang buatkan kau istimewa. Kau punya 'esque'. Tapi cukup aku tulis satu posting sahaja supaya aku tidak mahu dipandu oleh harapan. But, the main reason why i write this posting is bila aku scroll balik blogger di hari-hari yang mendatang aku akan ingat yang kau pernah bertamu di hati. Betul cakap Fiersa Baseri, "Kadang, yang terindah tak diciptakan untuk dimiliki. Cukup dipandangi dari jauh, lalu syukuri bahwa ia ada di sana untuk dikagumi dalam diam".
Si Penyeri Hati,
Mungkin ini pengakhiran dan harapan menuju mati.
Aku harap kehidupan kau bertambah seri.
Apa kau impikan dan harapkan akan dipenuhi
Semoga voltage kau berkurang dan sentuhan listrik ini terhenti.
Subscribe to:
Comments (Atom)